Sireh Pulang Ke Gagang 2 : Aku Menjadi Fasilitator Untuk Kali Ke-2

Aktiviti ini dinamakan Sireh Pulang Ke Gagang Β dimana bekas-bekas pelajar MRSM Jeli akan dijemput secara sukarela untuk memberikan pendedahan berkaitan kerjaya, pengalaman dan juga tentang pembelajaran semasa di universiti kepada pelajar-pelajar MRSM Jeli terutama kepada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Untuk program Sireh Pulang Ke Gagang 2 ini, tidak ramai yang hadir. Rata-rata yang sibuk dengan praktikal, kerja, memegang jawatan penting di U masing dan lain-lain lagi. Dan aktiviti/slot kali ini lebih singkat iaitu selama 2 jam sahaja berbanding edisi 1 sebelum ini iaitu selama 2 hari.

Untuk slot kami, kesemua abang dan kakak fasi dibahagikan mengikut course yang diambil dan pelajar (tingkatan 5) dikehendaki memilih course yang mereka minat dan sebarang persoalan mengenai pembelajaran, subjek dan juga lain-lain tentang course itu boleh ditanya kepada fasi disitu.

Untuk Sireh Pulang Ke Gagang 1 saya telah masuk dalam course engineering tapi untuk kali ini saya request untuk masuk course business walaupun saya tidak pernah mengambil course tersebut semasa di U kerana saya rasa ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menceburi bidang bisnes ini. Ada 3 fasi ditugaskan menjaga bahagian course business- saya dan 2 lagi perempuan yang sama batch dengan saya semasa Form 3 dulu. Alhamdulillah saya berjaya menjawabnya dengan jawapan yang ditanya oleh adik-adik tingkatan 5 ini.

Antara contoh soalan:

Soalan: Saya nak buka bisnes lepas spm nanti kecil-kecilan. Bisnes apa yang sesuai ek?

Jawapan saya: Jangan terburu-buru. Pastikan adik belajar dulu selok-belok bisnes nie sebab cabang dia memang luas dan mengelakkan ditipu kelak. Walaupun adik belajar memang takkan habis explore semua cabang/pecahan dia. Lepas tu buat networking. Networking juga memainkan peranan dalam setiap bisnes nanti.

Soalan: Contoh, saya dah ade bisnes. Then saya nak besarkan lagi perniagaan saya dan membuka cawangan lain atau membuka perniagaan lain nanti. Apa steps dia?

Jawapan saya: Sebelum nak buka cawangan lain, adik kena pastikan bisnes yang adik ade sekarang tu betul-betul kukuh dan stabil. Ini kerana kita tidak akan tahu apa akan jadi kepada bisnes baru yang kita buka nanti. Mungkin untung mungkin rugi. So pastikan kita ada base yang betul-betul kukuh. Lepas tu kita boleh hire orang lain untuk menjaga bisnes lame kita dan kita tumpukan kepada bisnes baru itu.

Malam sebelum pulang macam biasa, berBBQ dulu πŸ™‚ Apa-apa pun mungkin yang ini adalah event kali terakhir yang saya sertai untuk kali ini. Diharapkan bekas-bekas pelajar MRSM Jeli yang lain dapat meneruskan kesinambungan aktiviti ini pada tahun akan datang.

Incoming search terms:

  • ktiviti fasilitator
  • mrsm jeli

Leave a Comment

{ 20 comments… read them below or add one }

Fahmi Raazali July 30, 2011 at 7:03 am

wah… mcm best je program tu ya… aku tak penah join program gitu…

huhu… tp bulan 9 nnt first time jadi fasi utk kemasukan bdk degree yg baru kat U aku… πŸ˜€

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:46 am

perghh kalo jadi fasi dekat u lagi syok…awek lagi cumeyl2..hehe..ejas kat aku sorang ek πŸ˜€

Reply

Fahmi Raazali August 1, 2011 at 2:29 pm

haha… byk awek comel ek? tunggu bulan 9 nnt tgk… betul tak ramai awek comel2 πŸ˜€

Reply

Haru August 6, 2011 at 3:40 pm

kalo adjuz la kat sini sorang dua ek πŸ˜›

Reply

afiq aiman July 30, 2011 at 12:47 pm

nampaknya bro cdiq kita dah mengorak langkah ke hadapan lagi. mantap bro! semoga menjadi motivator untuk bisnes pada masa akan datang. seriusly aku suka sembang pasal bisnes dgn hg. haha

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:47 am

aku xda hal..aku pun suka sembang2 pasal bisnes ngan sape2..sambil2 carik idea utk lebih creative dlm bisnes πŸ™‚

Reply

fieza July 30, 2011 at 8:54 pm

mane gamba mu ng adek junior comey2? wuwuuw

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:50 am

mane ade kamera daa..hp pun cikai jer

Reply

SyahmiShaarani July 31, 2011 at 6:57 am

Gempak dapat jumpa blogger bercirikan leader dan entrepreneur πŸ™‚

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:51 am

errr ayat tu tuju kat sapa bro??? huhu

Reply

MuJE August 1, 2011 at 2:32 am

oloh guno namo sireh pulang ke gagang jugok kokni pongg… haha

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:53 am

asal2 nop guno namo lain..nop guno namo kak limah pulang juga ke rumah…tapi takut kena saman plop..haha πŸ˜›

Reply

titan August 1, 2011 at 5:36 pm

hoho..dasat hang. jadi fasi lagi tu. aku dah lama tinggal dunia fasi ni..haha..

Reply

Haru August 6, 2011 at 3:41 pm

haha sekali sekala…jumpa kawan2 lama..jumpa cikgu2 lama..dan yang penting jumpa adik2 yg comel πŸ˜›

Reply

FD August 2, 2011 at 6:09 am

diriku cuma fasi kecil kecilan kat sekolah sahaja… thun dpn kot jadi mentor unit ICT.. kui kui kui

Reply

Haru August 6, 2011 at 3:42 pm

ppperrghhhhhh!!! hebat..aku pun kecil-kecilan gak nie

Reply

akubiomed August 3, 2011 at 11:53 am

Wah bagus minda anak muda sekarang mahu menjadi usahawan dari makan gaji. Mungkin sudah nampaka peluang untuk berjaya dengan menjadi usahawan

Reply

ohcikgu August 5, 2011 at 10:50 pm

tak pernah jadi fasilitator. Yang perempuannya asal semua lawa-lawa belaka..

Reply

Zulhilmi Zainudin August 9, 2011 at 8:52 pm

Bertuah adik-adik itu semua kerana dapat mendengar nasihat & kata-kata semangat daripada seorang usahawan muda yang hebat! Tahniah bro!

Reply

Mr Rileks August 17, 2011 at 5:10 am

bkn calang2 org yg blh jd fasilitator… tahniah bro… πŸ™‚ dpt plak awek2 form 4 & 5 tu… hahaha…

Reply

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA