Sudah lama blog tidak update gara-gara masalah yg terjadi dalam wordpress. Terpaksa install balik wordpress dan mencari theme baru. Kini saya kembali. Dan saya membuat promosi untuk satu servis free. Anda tidak akan dapat dimana-mana blog. Hanya di cdiqlife.com sahaja.

Servis percuma
Anda mungkin seorang blogger yang mempunyai fan page sendiri di facebook. Atau seorang usahawan internet yang menggunakan fan page di facebook sebagai medium network anda. Tahukah anda bahawa facebook membenarkan meletak gambar profile sehingga size maksimum 200px(width) x 600px(height). Dan mungkin bagi yang sudah tahu tentang itu menghadapi masalah untuk design sendiri gambar profile untuk fan page anda. Disini, saya dengan berbesar hati menawarkan servis design profile picture untuk fan page anda di facebook. Saya akan design gambar profile yang menarik untuk anda. Dan diingatkan sekali lagi, servis ini adalah PERCUMA!
Penting ke gambar profile fan page yang menarik?
Tahukah anda, gambar profile yang anda letakkan di fan page anda juga memainkan peranan dalam menarik lebih ramai orang join network anda. Penggunaan warna pada gambar (sejuk dan panas) dapat memberi kesan emosi kepada pengunjung fan page anda. Gambar profile yang anda letakkan di fan page hendaklah menggambarkan tentang blog atau perniagaan yang anda jalankan.
Kenapa percuma?
Mungkin ada yang beranggapan saya nie gila sebab bagi percuma. TIDAK!! Ianya sememangnya percuma dan tiada caj tersembunyi dikenakan. Saya puas melihat hasil karya saya dihargai. Dan disamping itu saya dapat mencungkil lagi bakat saya ke arah yang lebih profesional. Itu sahaja.
Contoh hasil design:
Ini adalah sedikit sebanyak yang saya telah design.
Design atas adalah request dari blogger mohdisa serta nine untuk fan page mereka. Dan di bawah pula adalah request dari Cikgu Nikishawa dan saya sendiri untuk fan page bisnes. Masih banyak lagi dalam simpanan saya. Ini adalah contoh ditunjukkan.
Berminat??
Diingatkan, servis ini adalah terhad. Saya hanya buka kepada 10 orang terawal sahaja. Apabila semuanya selesai, saya akan membuka balik servis ini kepada mereka yang berminat. Dan kepada mereka yang berminat, sila tinggalkan maklumat anda(emel) di facebook saya atau tinggalkan komen anda dibawah.
[UPDATE] Servis percuma ini telah ditutup buat sementara dan akan dibuka kembali. Namun servis premium sentiasa dibuka.




