Sungguh ku tak sangka akhirnya dapat juga peluang berjumpa dengan otai-otai IM (Internet Marketer) dihari raya yang mulia ini. Walaupun pertemuan ini hanyalah pertemuan singkat selama lebih kurang 3 jam namun banyak input-input yang aku dapat selain berkenalan lebih dekat dengan mereka ini. Pertemuan ini adalah untuk berhari raya, berkenalan (bagi aku sebab aku tak kenal mereka lagi) serta berbincang dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Minta permission copy gambar dari facebook ek
Perjumpaan ini diadakan di rumah Hasbul, seorang IM remaja berusia 19 tahun yang hebat di Pengkalan Chepa. Dan Hasbul adalah junior aku di MRSM dan sekarang dia sudahpun menjadi IM yang dikagumi. Aku respek Hasbul kerana berjaya di usia muda. Juga hadir Iqbal Hakim @ lebih mesra dengan panggilan Baloot, seorang web/grafik designer, Cikgu Nikishawa, walaupun dia menggunakan nama cikgu di facebooknya, tapi dia bukanlah cikgu sepenuh masa dan dia adalah seorang IM tidak kurang hebatnya serta Abqari Al-Fatoni, seorang IM part-time dan sekarang sedang menuntut di UTP. Kami telah dijamu dengan satay oleh tuan rumah. Sungguh enak sekali
Alhamdulillah aku mendapat projek untuk berkerjasama dengan Cikgu Nikishawa. Dan 2-3 hari kemudian, mendapat projek daripada Baloot untuk berkerjasama dengannya dan aku akan masukkan projek ini ke dalam syarikat aku, Megamas Maju Ent yang baru sedang membangun. Projek daripada Baloot ini telah lama aku rancangkan tapi terpaksa diholdkan dahulu atas sebab-sebab tertentu. Dengan kerjasama Baloot aku harap projek ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Hopefully, projek-projek ini berjaya kesemuanya.
p/s: Jika ada kurang kesenangan atau fakta-fakta yang salah dan mahu dibuangkan, harap para IM boleh beritahu. Dan aku berharap agar pertemuan ini boleh diadakan lagi dengan lebih ramai IM yang join.


