RP-Langkah pertama ke alam usahawan

Jika anda ingin memulakan perniagaan anda, anda mestilah bermula melalui rancangan perniagaan (RP). Ianya umpama pelan dan draf  perniagaan anda. Tanpanya, anda tidak akan dapat menganalis secara terperinci tentang untung-rugi, rancangan masa panjang serta potensi perniagaan yang anda hendak mulakan. Oh, mungkin anda juga tidak dapat mencari pelabur dalam mendapatkan dana yang cukup.


Rancangan perniagaan penting untuk startup company.Lebih-lebih lagi rancangan kewangan, sama ada untuk memohon pinjaman atau operasi perniagaan itu sendiri.

Apa itu rancangan perniagaan (RP)??

1. Rancangan Perniagaan sebagai pelan atau “peta” yang diperlukan bagi mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan mengendalikan perniagaan.

2. Sebagai panduan untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dengan membuat anggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

3. Rancangan Perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber pembiayaan yang diperlukan.

4. Penyediaan Rancangan Perniagaan membantu usahawan memahami dengan mendalam mengenai bidang perniagaan yang bakal diceburi. Usahawan perlu mengetahui setiap aspek pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.

5. Digunakan untuk menyakinkan pihak-pihak tertentu (pelabur) dalam mendapatkan dana/modal.

Di bawah ini saya kongsikan satu contoh format rancangan perniagaan kepada anda untuk dijadikan panduan. Harap anda dapat memanfaatkannya sepenuhnya. Format RP ini saya dapat semasa mengikuti kursus asas usahawan dan saya sendiri telah belajar banyak bagaimana untuk membuat RP yang betul dan dapat menyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan kita.

Apa yang akan dapat dalam format rancangan perniagaan ini?

Bahagian 1     :           Pengenalan
Bahagian 2     :           Tujuan Rancangan Perniagaan
Bahagian 3     :           Latar Belakang Perniagaan
Bahagian 4     :           Latar Belakang Pemilik
Bahagian 5     :           Latar Belakang Projek
Bahagian 6     :           Rancangan Pemasaran
Bahagian 7     :           Rancangan Pengeluaran/ Operasi
Bahagian 8     :           Rancangan Organisasi
Bahagian 9     :           Rancangan Kewangan
Bahagian 10   :           Jadual Perlaksanaan Projek
Bahagian 11   :           Rumusan

Ramai para jutawan bermula asalnya dgn proposal atau rancangan perniagaan yg diajukan kepada bank. Rancangan perniagaan yang sungguh power dan menyakinkan hingga pihak bank tidak sabar-sabar utk memberikan pinjaman.

Apa yang telah saya belajar untuk membuat rancangan perniagaan yang terbaik dan menyakinkan:

  • Segala pengiraan hendaklah logik terutama di bahagian ramalan jualan. Ramalan anda hendaklah bersesuaian dengan permintaan semasa dan cara anda memasarkan produk anda. Oh, jangan lupa pada bahagian kunci kira-kira anda juga.
  • Perlu kajian yang teliti terutama siapa sasaran pelanggan anda dan siapa persaingan anda-kekuatan dan kelemahan mereka.
  • Dan jangan lupa, lantiklah mereka yang benar-benar boleh bekerja dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam perniagaan anda kerana saya sendiri telah mengalami bila rakan-rakan sekerja tidak lagi mempunyai komitmen dalam menjalankan dan memajukan perniagaan. Lebih-lebih lagi apabila perniagaan anda baru dibuka.

Saya juga ingin berkongsi beberapa lagi koleksi contoh RP yang terbaik yang saya jumpa dari internet untuk panduan anda:

Bagi yang ingn memulakan perniagaan tapi kekurangan modal, ini adalah sedikit sebanyak senarai tabung bantuan / pinjaman kewangan perniagaan:

• Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk Terengganu
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
• Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT)
Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)
• Francais Belia
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Kemudahan Bantuan Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Modenisasi Untuk PKS
Bank Negara Malaysia
• Kemudahan Pembiayaan “Malaysia Kitchen”
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Kontrak Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Projek Seberang Laut
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank)
• Kemudahan Pembiayaan Tekun
Yayasan Tekun Nasional (YTN)

Untuk melihat senarai penuh agensi pinjaman kewangan perniagaan ini serta 21 lagi contoh rancangan perniagaan Bahasa Malaysia, anda boleh merujuk disini.

A business has to be involving, it has to be fun, and it has to exercise your creative instincts.
Richard Branson

Incoming search terms:

  • rancangan perniagaan frozen food
  • contoh kertas kerja perniagaan makanan sejuk beku
  • rancangan perniagaan
  • rancangan perniagaan makanan sejuk beku
  • contoh kertas kerja membuka restoran atau cafe
  • contoh kertas kerja rancangan perniagaan makanan
  • bahagian operasi dalam keusahawanan
  • CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN SEJUK BEKU
  • rancangan perniagaan sejuk beku
  • perniagaan frozen food

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 50 comments… read them below or add one }

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA