Jemputan Berbuka Puasa Untuk Blogger Kelantan

Written by Haru on August 10, 2011

Buat pertama kalinya saya nak menjemput blogger-blogger Kelantan ataupun yang bekerja atau berada di Kelantan untuk berbuka puasa bersama-sama di salah sebuah restoren sekitar Kota Bharu pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Kitorang tengah semangat nak adakan gathering berbuka puasa ni. Jadi harapnya gath nanti dapat dimeriahkan lagi dengan kehadiran anda.

Maklumat gath berbuka puasa ni adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 19 atau 20 Ogos 2011.
  • Masa: Berkumpul pukul 6:15 petang atau selewat-lewatnya 6:45 petang.
  • Lokasi: Four Seasons Restaurant Sdn. Bhd.
    5670 B/2 & B/3, Jalan Sri Cemerlang
    Kota Bharu
  • Target: 10 hingga 20 orang blogger. Kalau lagi ramai lagi meriah.

Tujuan gath berbuka puasa ni selain daripada nak kenal-mengenali sesama blogger senegeri, bolehlah kita saling tukar pendapat dan pengalaman dalam hal ehwal berkaitan dengan blogging. Sharing is caring kata omputih.

Tak lengkap sesuatu gathering itu tanpa tentatif. Jadi ini adalah tentatif paling ringkas semasa gathering buka puasa nanti:

  • 6:15 pm : Berkumpul di restoren
  • 6:30 pm: Taaruf dan berkongsi idea
  • 7:30 pm: Buka puasa
  • 7:50 pm: Solat Maghrib berjemaah di masjid berdekatan (terpulang)
  • 8:40 pm: Solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid berdekatan (8 rakaat) (terpulang)
  • 9:30 pm: Bersurai

Kalau nak bersurai lepas solat Maghrib berjemaah pun tak apa, mungkin anda ada hal lain. Kalau ada masa bolehlah teruskan sampai habis 8 rakaat solat Tarawih.

Dan mungkin akan ada sesi bergambar sebagai tanda kenangan.

Setakat ni yang dah confirm adalah saya, Amirez , Faizal dan Akmal. Harapnya makin ramai yang dapat join gath berbuka puasa ni nanti untuk rapatkan lagi ukhwah sesama blogger yang dari Kelantan khususnya. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah join dengan tinggalkan komen kat bawah. Ataupun boleh join kami dalam event FB.

*dicopy dan diubahsuai dari artikel asal di blog amirez.

Comments

Amirez August 11, 2011 at 12:57 am

pakat2 join belako…bleh kenal 4 mata :)

Reply

puanbee August 12, 2011 at 12:57 am

nasib pb duk jauh , kalau idok mesti admin nyesal jemput PB wakaka

Reply

Harfiz@Bizstudent August 13, 2011 at 12:45 am

Laa…tak balik lagi masa tu….

Reply

kblog August 14, 2011 at 6:35 am

wah. menarik ni!

Reply

macaroni August 14, 2011 at 9:09 am

nak join jugak,tp takde kenderaan nak ke sana…huhuhu

Reply

Mr Rileks August 17, 2011 at 5:22 am

bl nak buat edisi utagha plak bro? :D

Reply

neo August 20, 2011 at 3:22 pm

ni ha org uthara…haha
neo menulis tentang..Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda

Reply

tomato August 18, 2011 at 12:20 am

jauhnya kelantan .. huhuh
tomato menulis tentang..Hello guys ! i’m in Paris !

Reply

eelobor August 18, 2011 at 6:57 am

rugi nyo….ambo dok KL. kelik lewak bena nok rayo. kalu dok buleh joint samo2
eelobor menulis tentang..Senarai Harga Barangan Terkawal Aidilfitri 2011

Reply

Haru August 22, 2011 at 9:54 pm

xpo2 join mula bos :)

Reply

suarapeople August 18, 2011 at 2:54 pm

dap nyoooo
suarapeople menulis tentang..Paid For Nothing

Reply

MuJE August 19, 2011 at 3:31 am

kawan bukan bloge kelamtam :P
MuJE menulis tentang..Cinta Muka Buku – Najwa Latif

Reply

MR.Z August 21, 2011 at 6:08 am

mesti best pergi gathering blogger ni. sampai sekarang tak berkesempatan lagi nak pergi gath…
MR.Z menulis tentang..Bahasa Melayu Versi Apa Ini?

Reply

Haru August 22, 2011 at 9:55 pm

bez gak bro..blh buat networking :)
kenal-kenal..mane taw kot2 ade bau2 bacang ke

Reply

aktechpage.com September 1, 2011 at 3:19 am

Maaf x dapat hadiri…
Mgkn kita bole wat gathering raya plak lps ni… Insya Allah… :D
aktechpage.com menulis tentang..Salam Aidilfitri 2011/ 1432H, Maaf Zahir Batin & Salam Merdeka ke-54

Reply

titan September 16, 2011 at 10:27 pm

jauh benar rumah ko.. meh jemput ke banting rumah aku esok. ada open house sket..hehe..
titan menulis tentang..Cek ke 4 dari Churpchurp

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: