Google baru sahaja mengupdate Pagerank 27 Jun 2011. Dan ini adalah berita gembira buat bloggers dan webmasters lain kerana ini adalah masa untuk melihat ranking blog yang mereka dapat setelah berhempas-pulas untuk membuat blog dan menyediakan artikel terbaik untuk pembaca-pembaca mereka. Mungkin ada ranking yang naik, mantain atau mungkin juga jatuh.

Formula pengiraan untuk memberikan pagerank kepada setiap blog amatlah rumit. Pagerank hanya akan diupdate sekali sahaja dalam beberapa bulan dan ranking diberi dari PR0-PR10.
Cdiqlife.com Kini Pagerank #2
Ini adalah satu kejutan bagi saya apabila blog Cdiqlife.com mendapat PR2 dari Google. Blog ini masih lagi mentah kerana ianya baru ditubuhkan pada bulan Ogos tahun lepas dan umurnya masih lagi belum genap setahun. Dan saya memang tidak mengjangkakan untuk mendapat pagerank ini.
Check Pagerank Untuk Blog Anda
Anda boleh check pagerank blog anda dengan menggunakan tool dibawah:
- www.prchecker.info
- www.checkpagerank.net
- www.thegooglepagerank.com
- www.rankwidget.com
- www.searchengineengine.com
- www.whatsmypagerank.com
- www.pagerankbar.com
Berapakah pagerank yang anda dapat untuk blog anda?? Jangan segan-silu untuk berkongsi.


