Apakah yang akan terjadi jika pemilik Blogger.com atau Blogspot.com iaitu Google menghentikan perkhidmatan blog percuma ini?? Ini kerana website Blogger.com masih tidak dapat diakses. Apakah nasib yang bakal menimpa blogger-blogger ini??

Saya sudah dapat bayangkan apakah yang akan terjadi. Dunia blogging tidak akan menjadi semeriah dulu. Tidak ada lagu contest-contest yang memberikan hadiah lumayan. Tidak akan ada lagi group-group menghimpunkan blogger di Facebook. Tidak akan ramai lagi yang menyertai dan memeriahkan gathering-gathering blogger. Dan ianya turut akan menjejaskan sedikit sebanyak media pengiklanan online yang ada kerana publisher mereka semakin berkurangan.
TAPI, janganlah anda berasa cuak dan gelisah kerana Blogger.com tidak akan diberhentikan perkhidmatannya sebaliknya hanya sedang menjalankan proses penyelenggaraan agar lebih stabil. Ianya untuk memberikan lebih keselesaan kepada pengguna mereka.
Kesemua Artikel Dan Komen Blog Anda Akan Dibuang.
Ini adalah umpama mimpi ngeri bagi blogger selepas penat menyiapkan artikel terbaru tapi hilang secara tiba-tiba. Tapi itulah kenyataannya. Semua artikel dan komen yang dipublish pada jam 7:37 pagi PDT (waktu USA) pada 11 Mei 2011 akan dibuang. Ianya adalah untuk memastikan Blogger.com akan kembali stabil. Harap ianya akan direstore kembali apabila semuanya pulih.

Selepas ini janganlah lupa untuk membuat backup data blog seminggu atau sebulan sekali untuk mengelak daripada berlakunya kehilangan data di blog anda.
Blogger.com Memohon Maaf Kepada Semua Penggunanya.
Dalam Twitter rasminya, pihak Blogger.com telah memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna mereka selepas ramai pengguna mereka melahirkan rasa kekecewaan tidak dapat mengakses masuk ke web mereka.

Buat pengguna yang lain, janganlah berasa kecewa. Pihak Blogger.com sedang bertungkus-lumus untuk memulihkan dan memberi keselesaan kepada anda untuk berblogging nanti.
Apa Yang Patut Anda Lakukan Untuk Mengelakkan Kejadian Ini Berulang?
Anda tidak tahu adakah Blogger.com akan memberikan servis percuma ini kepada anda selama-lamanya? Adakah dia akan buang blog anda secara tiba-tba tanpa notis? Hanya ada satu cara yang boleh mengelakkan anda berasa gelisah jika kejadian ini berulang. BERHENTI MENGUNAKAN BLOGGER.COM!! Berpindahlah ke hosting dan domain anda sendiri serta gunalah wordpress. Ini akan memberikan anda lebih keselesaan dan kebebasan untuk berblog. Dengan hanya RM50 anda boleh memiliki kesemua ini. Murah bukan?
Apa-apa pun, majulah dunia blog untuk negara
UPDATE
Blogger.com sudah kembali beroperasi. Bagaimanapun, ada yang menyatakan ada artikel dalam blog mereka hilang.
Dan saya bersyukur bahawa tiada apa-apa berlaku terhadap blogspot saya. Pagerank, artikel semua ok


