Facebook.com adalah rangkaian sosial yang menjadi tumpuan orang ramai dari yang kecil hinggalah sebesar-besar manusia. Jika anda tidak mempunyai akaun Facebook, mungkin anda boleh dianggap ketinggalan zaman. Facebook telah berjaya mengalahkan pesaing-pesaing mereka, terutamanya Myspace.com dan Friendster.com dalam masa beberapa bulan selepas diperkenalkan kepada umum.
Menurut Socialbakers.com, statistik pengguna Facebook di Malaysia sahaja sudah mencecah 10,151,040 juta orang daripada 656,105,720 juta pengguna di seluruh dunia. Dan Malaysia menduduki tangga ke-13 dalam ranking pengguna Facebook paling ramai yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Ini menjadikan Facebook satu kuasa medium yang besar untuk memasarkan bisnes anda kepada orang ramai dengan berkesan dan seterusnya memaksimum pendapatan anda.
Saya nak memasarkan produk dengan Facebook. Tapi bagaimana?
Saya akan kongsikan 3 4 cara yang teknik mudah dan berkesan dalam pemasaran menggunakan Facebook yang saya dan juga para IM gunakan.
- Facebook Fanpage
Fanpage adalah salah satu teknik yang paling berkesan kerana ianya mengamalkan viral marketing. Anda boleh post promosi di status, menghantar mesej tentang produk baru anda sama serta chat dengan pelanggan anda. Sama seperti menggunakan akaun Facebook biasa. Cuma yang berbeza adalah ia mempunyai button Like dan anda boleh berkongsi akaun itu dengan rakan kongsi @ pekerja anda dengan menjadikan mereka sebagai admin.
Anda boleh ‘menghiasi’ fanpage anda bagi menarik perhatian orang ramai klik pada button Like dengan memasang landing tab dan juga penggunaan gambar profile yang menarik.
Mungkin anda pernah lihat iklan-iklan daripada syarikat gergasi di kaca tv mahupun di akhbar, mereka akan sertakan sekali link fanpage mereka. Bukan itu sahaja, bahkan artis seperti Lisa Surihani, Scha Alyahya serta Pak Nil turut menggunakan fanpage sebagai salah satu cara berkomunikasi dan menghargai peminat mereka.
- Facebook Group
Buatlah pilihan untuk menubuhkan group yang terbuka, tertutup ataupun rahsia.Group lebih berkonsepkan perbincangan dan perkongsian. Anda boleh membuat perkongsian dokumen atau chat dengan pelanggan anda semua sekaligus.
Namun AWAS! Jangan sesekali anda invite mereka yang tidak berminat dan tidak pernah menggunakan produk/servis anda secara paksa untuk turut serta dalam group kerana ia akan mengjengkelkan bagi mereka dan mencerminkan ketidakprofessionalism anda dalam pemasaran.
Oh ya, Facebook group lebih sesuai untuk produk digital dan juga seminar.
- Facebook Ads
Iklankan bisnes dan produk anda di Facebook dengan lebih berkesan. Anda boleh tetapkan budget anda, jenis iklan yang anda mahukan, CPC ataupun CPM dan sasaran pelanggan anda seperti umur, lokasi, jantina serta minat mereka. Iklan di Facebook dapat menarik lebih ramai pengguna yang berpotensi menjadi pelanggan anda.
Anda juga boleh iklankan fanpage anda menggunakan Facebook ads.
[UPDATE]
- Facebook Event
Jika anda ingin mengadakan seminar atau bakal melancarkan produk baru, Facebook event adalah penyelesaiannya. Anda boleh melihat mereka yang berminat untuk menyertai event yang anda anjurkan itu. Anda juga boleh menghantar blast mesej terus ke Facebook mereka.
Kesimpulan
Rebutlah peluang untuk meluaskan lagi network bisnes anda dengan pemasaran melalui Facebook. Seramai 10,151,040 juta orang yang sedang menanti untuk membeli produk anda. Jika anda dapat menggabungkan 2 atau 3 jenis pemasaran di atas sekaligus, saya yakin bisnes anda akan semakin ‘BOOM‘! Semakin lambat anda bertindak, semakin banyak peluang anda terlepas.
Cuma satu pesanan saya, janganlah pula anda lupa akan etika-etika bersosial secara berhemah di Facebook. Jangan tag (gambar) terlalu kerap dan jangan sesekali buat spam. Bermarketinglah sambil bersosial secara berhemah
Saya akan mengupas topik berkenaan Facebook Fanpage lebih lanjut pada artikel akan datang. Jangan lupa untuk daftar emel anda di bawah untuk melanggan terus ke emel anda.




