Scam

Login Facebook Dapat RM100

Alangkah indahnya dunia bila login sekali login Facebook dapat RM100. Jika dalam 1 hari, login Facebook 10 kali, dengan mudahnya dapat RM1000. Itu baru sehari, kalau sebulan? Dan tentulah makcik yang kerja cleaner dekat sekolah akan hari-hari mengadap Facebook dan pendapatan bulanannya lebih tinggi dari cikgu di sekolah.Oh, begitu mudah untuk mendapatkan duit pada zaman sekarang.

Facebook: Medium Pemasaran Masakini

Orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini walaupun menggunakan cara kotor. Kejadian ini telah dialami oleh seorang Internet Marketer (IM) semasa beliau sedang menganjurkan contest di fanpage Facebook.