Orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini walaupun menggunakan cara kotor. Kejadian ini telah dialami oleh seorang Internet Marketer (IM) semasa beliau sedang menganjurkan contest di fanpage Facebook.
Seorang IM telah mengadakan contest “CONTEST PLAYER PALING HOT!!” di fanpage beliau dimana para peserta dikehendaki mengupload gambar sendiri berkaitan bola sepak dan gambar terbanyak mendapatkan ‘LIKE’ dikira sebagai pemenang. Contest itu telah tamat pada 24 Jun 2011 dan telah mendapat 33 penyertaan.
Dipendekkan cerita, IM tersebut telah memilih 3 pemenang yang mendapat undi terbanyak dan bakal menerima hadiah berupa jersi yang dipilih oleh pemenang itu. Tetapi IM tersebut diselubungi dengan satu perasaan yang aneh kerana bilangan ‘LIKE’ di fanpage beliau tidak berubah walaupun ketiga-tiga gambar yang dinobatkan sebagai pemenang mempunyai ‘LIKE’ yang banyak.

Gambar yang mendapat 210 ‘LIKE’ hampir keseluruhannya daripada page kosong
Dan bila disiasat, akhirnya penipuan itu terbongkar. Taktik yang digunakan adalah dengan membuat page (kosong) banyak-banyak pada Facebook dan klik ‘LIKE’ pada gambar-gambar tersebut. Dan ketiga-ketiga gambar yang dinobatkan pemenang didalangi oleh seseorang yang menggunakan taktik kotor tersebut.
Taktik Yang Digunakan Dalam Penipuan Contest ‘KLIK’ Terbanyak
- Buat page banyak-banyak pada Facebook. Anda boleh pergi www.facebook.com/pages dan buat seberapa page yang anda mahukan.
- Kemudian, setkan page tadi sebagai akaun utama. Pergi ke account → Use facebook as page → pilih page mana yang anda mahukan dengan klik switch.
- Buka balik gambar tadi then klik ‘LIKE’.
- Ulang cara 1-3.
Antara Sebab Penipuannya Dapat Dikesan!

- Bilangan ‘LIKE’ ketiga-tiga gambar itu mempunyai bilangan yang tersangat besar perbezaan dengan gambar peserta lain.
- Jumlah ‘LIKE’ pada gambar banyak, tetapi tidak memberikan kesan kepada bilangan ‘LIKE’ fanpage asal.
- Terlalu tamak dan ingin memenangi semua hadiah. Jadi ia memberikan kesan kepada sebab nombor 2 dimana menyebab admin page berasa curiga.
- Kantoi melalui status di Facebooknya dimana penipu itu terlalu menunjuk-nunjuk akan hadiah yang bakal dimenanginya.
So, kepada anda dan mereka di luar sana, jika ingin membuat contest melalui fanpage Facebook dengan konsep sama macam di atas (upload gambar dan ‘LIKE’ paling banyak dinobatkan pemenang) diminta berhati-hati. Pastikan anda check dahulu siapa yang ‘LIKE’. jangan biarkan anda ditipu oleh mereka
IM yang dinyatakan dalam artikel ini adalah Nik Hisyam yang menjual jersi bola di fanpagenya, JersiBola.My. Dan beliau sudah memberikan hadiah kepada pemenang yang selayaknya memenangi contest yang dianjurkan itu.


