6 Media Pengiklanan Blog Blogger Perlu Tahu!

Ramai blogger yang sudah berjaya menjana pendapatan melalui media pengiklanan sehingga ratusan ringgit malah ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan. Namun masih ada sebahagian daripada blogger yang masih mencari-cari media pengiklanan yang sesuai untuk blog mereka.

Pemilihan media pengiklanan yang tepat dan bersesuaian dengan blog anda dapat memastikan anda menjana pendapatan yang maksimum pada setiap bulan.

6 Media Pengiklanan Untuk Blogger Tempatan

Mungkin ramai yang tidak tahu, Malaysia pernah memiliki 10 media pengiklanan seperti yang dilaporkan oleh Amanz.my sebelum ini namun semuanya sudah hilang tanpa berita. Website mereka ditutup! Yang masih bertahan sehingga kini hanyalah Nuffnang, Innity dan Advertlets dengan penambahan 3 media pengiklanan baru yang memeriahkan lagi dunia blogging.

  • Nuffnang

Nuffnang merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi. Nuffnang menggunakan CPC dan memberikan buffered earnings kepada publisher mereka.

Dunia blogger juga pernah kecoh dulu dengan penubuhan Team Klik-klik Nuffnang dimana mereka menggunakan cara yang kotor untuk mendapatkan earnings- “U click me, and I click U”. WTH!!

  • Innity

Innity menyediakan teknologi pemasaran online dan juga sebagai agensi pengiklanan kepada jenama global. Dengan menyediakan iklan jenis CPM, CPE, CPC,  Innity menyediakan pilihan iklan yang pelbagai untuk publisher mereka (blogger). Ini bermakna blogger boleh mencuba iklan yang mana lebih berkesan untuk blog mereka dan seterusnya memaksimumkan pendapatan blog mereka.

Untuk menjadi publisher di Innity, anda hendaklah mempunyai minimum 100,000 Pageviews dan 20,000 Unique Visitors sebulan. Jika tidak permohonan anda akan ditolak.

  • Advertlets

Advertlets dimiliki oleh Josh Lim & Associates. Ianya menyediakan iklan jenis CPC dan juga CPM untuk para blogger. Dan amat-amatlah sesuai untuk blogger yang memiliki hits traffik yang tinggi.

Namun, reputasinya sedikit sebanyak menjadi persoalan apabila ada beberapa blogger termasuklah pemilik Oh! Media, Khai, pernah membuat kenyataan bahawa Advertlets lambat dari segi membuat pembayaran sehingga mengambil mase hingga berbulan-bulan dan ada antara mereka tidak mendapat apa-apa bayaran terus walaupun sudah menghubungi pihak advertlets.

  • Mangga Ads

Mangga Ads yang sudah semestinya dimiliki oleh Mangga Online-website gossip artis tempatan. Pada awal pelancarannya, dilihat ia mampu menewaskan media pengiklanan yang lain namun kelihatan para blogger mula beralih arah kepada media pengiklanan lama mereka. Kata mereka Mangga Ads hanyalah indah khabar dari rupa.

  • 701Panduan Ad Network

701Panduan Ad Network dimiliki oleh 701Panduan Sdn Bhd yang bertapak di Kuala Lumpur. Walaupun banyak kelemahan yang dapat dilihat pada sistem login serta dashboard namun ia tidak menghalang blogger yang menguna media iklan ini menjana pendapatan dan menerima bayaran iklan mereka.

Sebelum ini, 701Panduan Ad Network memberikan bayaran RM0.30 per klik kepada publisher mereka namun pada 1 Mei 2011, mereka telah menukar jumlah per klik kepada RM0.10 sahaja.

  • Adsniaga

Adsniaga yang dimiliki oleh Portalniaga.com adalah iklan berdasarkan teks yang sama macam Google Adsense.  Adsniaga juga baru melancarkan iklan banner ‘Leaderboard (728 x 90)’ mereka yang pertama. Iklan berformat teks amatlah sesuai dimasukkan ke dalam artikel anda kerana ia akan mengaburi penglihatan pembaca dan seterusnya mendapat banyak klik (sama macam teknik Adsense).

INFO

CPC = Cost per click

CPM = Cost per impression

CPE = Cost per engagement

Hits Traffik Adalah Penting!

Apa yang paling penting dalam menjana pendapatan (blog) dengan media pengiklanan adalah hits traffik (pelawat blog). Red Mummy sendiri pernah menyatakan bahawa semakin tinggi hits traffik, semakin bertambah pendapatan blog anda. Dan blog Red Mummy sendiri menjadi blog kegemaran untuk advertiser beriklan kerana mempunyai nilai conversion rate yang tinggi.

Dan janganlah pula anda klik pada iklan di blog anda sendiri. Ianya melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh setiap media pengiklanan. Silap haribulan anda akan diban daripada media pengiklanan yang anda sertai itu. Jadi, berbloglah secara berhemah 🙂

Leave a Comment

{ 92 comments… read them below or add one }

Oh! Duit May 15, 2011 at 1:37 pm

Belum pernah rasa lagi duit hasil iklan 😀

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:41 am

rasenye duet ebay ang lagi byk..hehe..dan capiq kate ko nyer ebay maintain je tiap2 bulan..bile nak ajar aku plak bro 😀

Reply

zik May 15, 2011 at 2:47 pm

nak puas hati join program international, market lagi besar… dan lagipun dibayar usd…

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:42 am

yup btul..tp nak maen market international kena ckupkan ilmu didada dulu..xkan nak maen hentam..hehe..
tp aku pn ade maen adsense.. 😀 masyukkk$$$$

Reply

Kamarul Azri™ May 19, 2011 at 7:56 pm

KA™ GA terbaik la, tak sabar nak P.I.P bukan ni, tapi KA™ pantang kalau orang di luar sana guna cara blackhat! menipu, tak berkat pun hasil yang dapat tu

ops, tertukar topik lak.. next target KA™ innity, huhuuh~~ tapi 2 3 blog guna nuff lagi, 1 forum je guna 701panduan

Reply

Haru May 20, 2011 at 8:36 pm

byk web nie..otai nie..hehe..

Reply

Kamarul Azri™ May 21, 2011 at 1:21 pm

cap ayam je bro…..
cukup² makan je ni….

Reply

aman May 15, 2011 at 3:09 pm

Sape dah try AdsNiaga? Best tak?

Reply

Amirez May 15, 2011 at 3:57 pm

betul gak tu..teringin gak nak tau. baru first time dengar pasal adsniaga

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:58 am

adsniaga same jer mcm iklan yg laen..cume yg bez die dlm text mcm adsense dan kalo gune teknik mcm adsense mgkin blh dpt byk klik..teknik letak dlm post dan sesuaikan dgn warna blog

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:43 am

tnye isa…aku pernah tnye die dpt bape aritu (xleh bgtaw kat cnie)..agak lumayan jugak die dapat $$$$ nak taw try tnye die dan mintak pendapat die..

Reply

decrewz May 15, 2011 at 3:17 pm

Nak apply innity tapi x mampu..hu3. Ads niaga dah try, tapi hasilnya x berapa sangat dan rendah.. Tapi kalau traffik tinggi, insyaallah boleh buat duit..

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:49 am

ads niaga mmg bez utk traffik tnggi..bukan hnye utk adsniaa, apa2 media pengiklanan la..mcm aku bgtaw kt ats tu..hehe

Reply

decrewz May 18, 2011 at 4:24 pm

Buat masa nih target nak innity..hu3.. Macamlah mampu.. 🙁

Reply

Haru May 19, 2011 at 2:07 pm

insyallah bro..yg penting sentiasa fokus 🙂

Reply

Amirez May 15, 2011 at 3:58 pm

dulu nak try innity. berhempas pulas tingkatkan prestasi, elok2 dah cukup syarat, diorang naikkan lagi syarat diorang huhu

Reply

Haru May 16, 2011 at 1:59 am

mgkin diorg hnye nak blog yg yg betul2 diorg rase mampu meberi pulangan kpd pengiklan mereka

Reply

hasbulaqill May 15, 2011 at 4:05 pm

terbaik2! baru nak berjinak testing dunia blogging tempatan pula 😀

Reply

Haru May 16, 2011 at 2:01 am

kemah-keming!!! ore sedk kito nie..hehe…confirm demo blh..

Reply

wazy May 15, 2011 at 9:58 pm

Kesemua di atas tu aku dah guna kecuali 701Panduan Ad Network,
nanti nak cuba guna la 701Panduan Ad Network

Reply

Haru May 16, 2011 at 2:03 am

waahh ini blogger hebat dh dtg…terbaek bro..nnti bro tgk dashboard die cmne ek..agak susah dan pening nk gune

Reply

wazy May 17, 2011 at 10:52 am

Owhh aku blogger biasa-biasa je,
cuma mencari pengiklanan yang sesuai dengan blog
aha..aku nyer belum approve lagi

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:28 pm

aik x approve lg??? aku aritu jap jer..sbb setahu aku la, skrg sume die gune manual..diorg calculate earning kite then baru update..not real time earning..pastu coding utk iklan, kite kena request nak saiz ape sbb die xletakkan dalam dasboard trus..

Reply

wazy May 17, 2011 at 12:35 pm

Ha ah
tu yang aku tertunggu-tunggu email dorang
masa register,dah dapat email confirmation
cuma email maklumat login tu semua belum dapat
atau dorang tengah pantau trafik blog aku kot,baru approve

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:39 pm

oh..kalo lame sgt, ko leh try emel diorang tanye mcmana..sbb setahu aku la..mase aku apply aritu, die xder pantau traffik pon..aku rase mesti staff wat kije lambat sbb staff yg akan anta emel utk login tu berserta coding (yg mereka rasekan seswai utk blog kite, tp blh request laen kalo nak) kt kite..

akubiomed May 15, 2011 at 11:52 pm

Belum pernah merasai hasil pengiklanan. Sabar menanti walaupun tidak tahu bila 🙂

Reply

Haru May 16, 2011 at 2:22 am

sabar bro.mungkin teknik jer kurang betul..hehe..apepon cube teknik2 dan placement yg baru..mgkin akan ade kesan 🙂

Reply

titan May 16, 2011 at 1:29 am

semua aku dah try kecuali adsniaga. manggaad je belum pernah dapat komisen.

Reply

Haru May 16, 2011 at 2:27 am

so ape pendpt bro ttg kesemua ads yg bro dh cube??? dan yg mane bro rase paling bez??? xnk share ke?? hehe

Reply

titan May 29, 2011 at 11:50 pm

emm..yang bayar aku..haa..yang tu paling best. yang belum bayar aku..lom masuk level best. hehe..

Reply

Haru May 30, 2011 at 7:42 pm

yang mne blum bayor lg tu bro?

Reply

titan June 5, 2011 at 2:04 pm

manggaad lom lagi. baru sampai rm80++ aje. minimum rm100..yang lain semua dah pernah merasa..

adsniaga? dah daftar, tapi lom letak kat mana-mana blog. lom ada hati nak letak.. jadi secara automatiknya, tak penah dapat dari adsniaga.

Reply

mancai May 16, 2011 at 11:08 am

701Panduan Ad Network dan adsniaga ni tak penah lak dengar.. tq2

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:20 pm

nanti blh cube bro..sy sarankan adsniaga berbanding 701panduan

Reply

sembil9n May 16, 2011 at 2:48 pm

disebbkn aku konfius dgn bnd2 ni..aq mls da psg

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:22 pm

errr awat konpius bro???

Reply

Sabahan Bloggers Club May 17, 2011 at 2:28 am

Salam.
yang ayat last sekali tu saya memang sokong.
Traffik=duit di dalam blogging. Jika tiada traffik lagi lebih baik jangan letak iklan dulu.

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:26 pm

yup..sbb tu ramai yg syarikat2 besar sanggup melabur banyak utk marketing bg menarik traffik ke web mereka..SEO, Social media dan byk lagi cara utk menarik traffik..

tp bukan shaja utk blog, utk perniagaan offline pun memerlukan traffik yg byk baru nilai conversion rate tinggi

Reply

aktechpage.com May 17, 2011 at 7:10 am

Setakat ni letak Nuffnang je kt Blog. Tp ada yg kata Advertlets lagi masyukk … betul ke ???

Reply

Haru May 17, 2011 at 12:31 pm

utk traffik yg banyak, advertlets adalah pilihan yg bijak (selain innity)..tp mcm sy bgtaw kat ats, ramai yg kecewa dgn cara diorg dlm mmbuat payment kpd publisher yg withdraw earning mereka..kdg2 emel diorg berpuluh2 kali tp masih xdpt bayaran..cube bro search kt google ‘Advertlets sucks’..

Reply

Mohd Isa May 17, 2011 at 2:34 pm

weh, aku dah guna 701panduan. macam mana nak login dashboard dia? aku tak boleh lihat statistik earning pun, aku emel pihak 701 tak reply pun. hurm

Reply

Haru May 17, 2011 at 3:49 pm

aku nk bgtaw pun ssh..sbb die punya dashboard mmg pelik…tp setahu aku die dah wat kire manual jer utk earnings tu..

Please note at the moment we have disabled Profit Report Tab to stop confusion on earnings payout.

emm setakat nie kalo aku emel diorg, terus balas dalam mase beberapa mnit je

Reply

Mohd Isa May 17, 2011 at 5:29 pm

apa emelnya? meh aku nak send emel, aku reply emel yg dorg bg kod aritu tak reply pun. aku nak tgk earnings pun tak tau. hurm

Reply

Haru May 17, 2011 at 10:57 pm

aku rase same jer..nie emel die adnetwork@701panduan.com

Reply

PakarBuahPinggang May 17, 2011 at 11:58 pm

Salam bro,

Lama tak singgah ke blog ni. Saya sekarang baru cuba berjinak-jinak dengan pengiklanan di adsniaga.

Reply

Haru May 19, 2011 at 2:05 pm

oh wasalam bro..
rasenye adsniaga mmg seswai utk blog bro.. 🙂

Reply

PakarBuahPinggang June 9, 2011 at 9:19 am

Saya juga berpendapat begitu,tetapi jumlah traffik ke blog saya masih banyak yang perlu dipertingkatkan.

Saya nak tanya sedikit.Apakah iklan yang keluar dari adsniaga ni akan sesuai dengan isi kandungan blog kita.

Reply

MDHAFiZ.NET May 18, 2011 at 12:49 am

Bilalah nuffnang nak bayar aku nih…

Reply

Haru May 19, 2011 at 2:05 pm

dah bape bulan??? xtry hubungi die balik kew?

Reply

MDHAFiZ.NET May 19, 2011 at 4:49 pm

Dah submit tiket dh..tp no respon…ntah lh atau aku buat2 x perasan kot…tp malas lh aku nak bernuffnang nih.. 🙂

Reply

Haru May 20, 2011 at 8:34 pm

ape kate ko try kol terus pejabat diorg..sbb setakat nie xpenah ade yg komplen xdpt bayaran dari nuffnang

Reply

arifcool May 18, 2011 at 12:55 am

wah…nice share bro…red mummy traffik cam hareemmmm,haha

Reply

Haru May 19, 2011 at 2:07 pm

mane x macam haremnye..dah byk kali blog die masuk paper..dan ramai yg sebelum ini x mngenali blog beliau, mula mengenali selepas masuk paper.. 🙂

Reply

sayacomel May 18, 2011 at 8:04 pm

lagi comel kalau dapat bayaran dr syarikat tu semua..

Reply

Kamarul Azri™ May 19, 2011 at 3:13 am

Kamarul Azri™ pernah cuba semua kecuali innity! 2 kali tak lepas huhuhu…
but nuff ok kot, tapi terpulang pada diri sendiri bak orang kata “lain padang lain belalang..”

Reply

Haru May 19, 2011 at 2:14 pm

hehe setuju kate ceqla tu…tepuk keyboard dan tnyelah diri anda.yg mane seswai dgn blog anda-niche dan juga traffik 🙂

Reply

azizan4444 May 19, 2011 at 2:35 pm

mana pergi mangga ad tu bro?hehe..awal2 aku bajet boleh jd top..tp last2 hampeh je..spam je banyk klu kt email tu..haha

Reply

Haru May 20, 2011 at 8:33 pm

hehe itu la…ayat tagline diorg mmg gempak..bayaran yang tertinggi..tp hampess!

Reply

Izwan May 19, 2011 at 7:01 pm

trafik rendah lagi.. stakat ni baru dapat cek dari exabytes tu je la..

Reply

Haru May 20, 2011 at 8:36 pm

exabytes??? angel programmes @ yang iklan exabytes tu?

Reply

Izwan May 21, 2011 at 12:55 am

iklan 200 blog exabytes.. cek sampai dah hari tu.. yg 3 bulan tu.. rasanya tak cukup lagi 200 blog..

Reply

Haru May 21, 2011 at 7:24 pm

owh i c..yg exabytes cari 200 blog utk iklan diorg nyer hosting tu..setahu aku die byar ikut hits traffik sesebuah kan?

Reply

Izwan May 21, 2011 at 7:57 pm

eh, tak la..syarat dia je nak trafik harian purata 100 – 300 visitor.. pastu nanti dia tawar harga budget dia RM 50/3 bulan.. aku amik je harga bajet tu..kalau blog hebat2 nak up lagi harga pun boleh.. janji range trafik 100 – 300 sehari..

Reply

Haru May 23, 2011 at 8:43 pm

ade blogger bgtaw aku yg exabytes byr ikut traffik blog gak..xtaw la tu…ko punye bape die byar bro?

Hadi Rofiee May 20, 2011 at 8:35 am

Meletakkan beberapa iklan sebegini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang saya. Buat masa ini, belum lagi kerana mahu menumpukan kepada blog dahulu semata-mata.

i’Allah, semoga dipermudahkan. Ameen. 🙂

Reply

Haru May 20, 2011 at 8:49 pm

yup..sy suke cara bro dgn menumpukan pada blog dahulu..

gud luck bro 🙂

Reply

cikguden May 20, 2011 at 2:52 pm

info menarik. tq

Reply

Nine May 24, 2011 at 12:28 am

aku nuff pun jadi lah….baru dua kali merasa…syukur gak….bab lain aku tak pandai lagi, sebab skrg jrg BW macam dulu…

InsyaAllah aku try google untuk belajar…Nice entri Cdiq….

Reply

Haru May 26, 2011 at 4:27 pm

blog ko kalo xblogwalking pn , aku tgk ramai jer yg duk on9..hehe…terbaek dowh 😀

Reply

afzal laidin May 25, 2011 at 9:42 pm

advertlets masih relevan ke? sekarang ni nak cuba nuffnang je dulu.

Reply

Haru May 26, 2011 at 4:30 pm

advertlets masih relevan…cumanye cara diorg membuat pembayaran amat kurang memuaskan..

Reply

Ezany-Kun May 27, 2011 at 5:29 pm

sume aku pnah cuba.. tp mangga ngan adsniaga tak pernah cashout sbb guna sekejap jer.. panduan bayar ok.. on time.. advertlets aku blum dpt lg..

Reply

Haru May 28, 2011 at 12:39 pm

ramai yg komplen psl adverlets..earning bulan bape lg ko xdpt lg tu bro?

Reply

nizamghazi June 6, 2011 at 8:03 pm

Hai (:
Mmg terbaik list ni..
Tpi kat sini ada tak tutorial e-bay?

Reply

Haru June 7, 2011 at 8:05 pm

err ebay xder bro…hehe
nape xbeli jer ebook diari usahawan ebay berhingus (lupe nama betul die)..sbb ebook tu direkomen oleh ramai otai2 ebay 🙂

Reply

nizamghazi June 25, 2011 at 4:33 pm

ye ke ada?
nnti klu ada gtaw lah..mmg nk cuba ebay secara serius

Reply

Haru June 30, 2011 at 7:54 pm

dok area mane bro???

ade 1 seminat ebay nnti dekat kelantan..bulan 7 nie..

Reply

happysus June 7, 2011 at 10:50 pm

Saya guna adsense, lambat juga dapat income..
kalau ada yang nak share.
Cara short cut adsense atau lain-lain
saya ingin nak tahu.
Pada saya kalau kita dapat first page google untuk
niche yang baik, sell keyword.
pendapatan kita akan bertambah. Ini adalah kerana No.1 di Google
click potensi adalah 50-70%.

Reply

Haru June 9, 2011 at 5:02 pm

baru2 nie sy ade bace 1 blog..die punya adsense income utk bulan lepas $50,000..die gune niche blog..dan die ade 150 niche blog..
tp dah lupe ape name blog tu..

emm mcmana tu sell keyword???sy kurang jelas

Reply

GreenLava June 14, 2011 at 1:57 am

“Sell keyword/link” ni bila ada orang nak bayar untuk letak text link (menggunakan keyword yang mereka pilih) pada blog kita. Tujuan sipembeli ialah untuk rank up keyword tersebut.
Kalau PageRank blog kita tinggi, ramai yang akan offer untuk beli.
Tapi sendiri mau ingat, Google tak suka link selling.

Reply

Haru June 15, 2011 at 3:02 pm

oh mcm tu..thanks 4 da info 🙂

Reply

esempoi June 16, 2011 at 11:12 am

innity memang masyuk

Reply

Haru June 17, 2011 at 12:26 am

mane xmasuk, traffik byk tu..hehe

Reply

wrizuan[dot]net June 16, 2011 at 3:35 pm

akubaru nak usha2….hihihihi

Reply

Mr Rileks June 20, 2011 at 7:28 pm

duit dr nuff & manggaads dah rasa.. 🙂

bl ler blog layak nak letak innity ni.. huhuh…

Reply

Haru June 30, 2011 at 7:50 pm

wah2..nie salah sorg otai blogger nie..cayalah bro 😀

Reply

wandisini June 28, 2011 at 9:41 am

duit dari nuff pernah rasa, tapi dari advertlets tak pernah lagi. kesilapan diri sendiri jugak. tak pandai promosi blog

Reply

Haru June 30, 2011 at 7:56 pm

xper bro…nanti ade la tu…yg penting teknik tu penting 🙂

Reply

Chipcoklat July 2, 2011 at 5:10 pm

Saya ni blogger baru..tp pnh la guna ads nuff and advertlets tu.. x merase lag nak dpt income dari mane2 ads… nuff tu pun RM 5 jek..hehe.. ade panduan mnarik yg boleh saya guna?

Reply

Haru July 20, 2011 at 2:07 am

better guna nuffnang utk blog baru..bila trafik dah byk nanti u blh pilih utk kekal dgn nuffnang @ tukar kepada innity/advertlets 🙂

Reply

woot woot July 24, 2011 at 1:20 am

say no to advertlets and nuffnang 🙂

Reply

Duke iskandarX November 25, 2013 at 9:23 pm

Salam, is blogwalking sini, nice sharing. 🙂

Reply

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA