Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari sedikit sebanyak pendapatan sempena Hari Raya yang bakal tiba kelak, mungkin anda tercari-cari perniagaan apa yang sesuai dilakukan dalam masa yang singkat tapi mendatangkan untung yang agak lumayan. Mungkin keuntungan itu nanti anda dapat gunakan untuk menampung perbelanjaan anda pula untuk berhari raya.

Oleh itu saya menyenaraikan 6 idea perniagaan yang sesuai untuk dilakukan sepanjang bulan puasa nanti sebelum menjelangnya Hari Raya. Kesemua idea perniagaan ini tidak memerlukan modal yang begitu besar. Boleh dilakukan secara kecil-kecilan serta mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna.
#1 Baju Raya
Baju raya sudah menjadi sinonim setiap kali menjelang Hari Raya. Sehingga ada yang sanggup berbelanja sakan demi memenuhi kehendak untuk berbaju raya. Kalau boleh 30 hari raya tu 30 pasang baju raya. Katanya raya (aidilfitri) setahun sekali. Bagi teruna dan dara masa inilah untuk mereka melaram menunjukkan kehenseman dan kecantikan masing-masing.
#2 Kuih Raya
Bagi mereka yang tidak pandai atau berkesempatan untuk membuat kuih raya, mereka lebih selesa membeli di kedai. Dan ia membuka peluang yang amat besar kepada pasaran kuih raya. Antara kuih yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Almond London- biskut + kekacang rangup yang diselaputi coklat sedap dan ianya digemari oleh semua peringkat umur. Anda boleh belajar membuat coklat sendiri yang sedap dan menambah keunikan kuih Almond London anda itu disini.
#3 Sampul Duit Raya

Kalau raya-raya sebelum ini, design sampul duit raya yang bergambar not duit RM1, RM5, RM10 dan RM50 menjadi rebutan ramai orang. Tapi saya rasa untuk raya kali ini, design itu sudah lapuk. Ada design yang terbaru dan pasti membuatkan penggunanya nampak seorang yang kaya di hari raya nanti. Anda boleh jual sampul duit raya design iphone, HTC, gameboy dan banyak lagi yang lebih elegan dan ekslusif. Kanak-kanak pasti teruja apabila mendapat sampul duit itu. Dan sampul ini amatlah sukar untuk didapati kerana hanya boleh diorder secara online. Jadi, anda boleh memborong dan menjualnya kembali di pasar ramadhan nanti. Harga sepaket sampul duit raya ini boleh mencecah sehingga RM2.
#4 Makanan Berbuka/Sahur
Kebanyakan orang akan mengunjungi bazar ramadan sambil bawa anak-anak (untuk yang berkahwin) dan kawan-kawan (bagi yang bujang) untuk mencari juadah berbuka puasa. Taktik untuk menjual makanan masa bulan ramadan ni pastikan anda hiasnya nampak cantik-cantik dan menyelerakan. Jika makanan itu berkuah pastikan ianya nampak pekat.
Contoh ayam percik, ratakan kuah yang pekat di atas percik. Gerenti meleleh tengok. Tapi jual la makanan apapun di bulan ni, mesti ramai orang beli. Jadi rebutlah peluang untuk berniaga makanan walaupun hanya berniaga kuih onde-onde dengan harga RM1.
#5 Mercun/Bunga Api

Satu lagi perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi terutamanya kanak-kanak. Namun ianya mendatangkan risiko terhadap penjual dan juga pembelinya. Mercun dan bunga api ini amatlah seronok dan meriah dimainkan sepanjang bulan ramadan dan juga malam hari raya dan menyebabkan ianya menjadi kegilaan ramai orang yang sanggup menghabiskan berpuluh malahan ratusan ringgit untuk kepuasan diri mereka. Ini hanyalah idea dari saya dan saya tidak bertanggungjawab segala risiko atas diri anda.
#6 Kad Raya
Anda mungkin tertanya-tanya masih relevankah kad raya pada hari ini dimana zaman internet dihujung jari. Ucapan raya boleh dihantar dalam masa beberapa saat sahaja dengan sms, mms dan juga emel. Namun, kad raya yang berbentul fizikal lebih bermakna jika dihantar kerana penerima boleh menyimpannya atau menggantungnya sebagai hiasan di hari raya.
Bagi grafik designer, masa inilah untuk anda mencari pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan daripada syarikat yang ingin membuat custom-design kad raya untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Dan anda boleh deal dengan syarikat percetakan untuk mendapatkan harga murah bagi mencetak kad raya tersebut. Bayangkan jika syarikat tersebut menempah 500 keping kad raya dan anda mark-up keuntungan RM0.20 untuk setiap kad ditambah RM100 bagi custom-made design berapakah jumlah keuntungan anda? Kira sendiri
____________________________________________________________________
Namun, banyak lagi perniagaan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadan ini namun ini hanyalah 6 yang termantop dan hanya memerlukan modal rendah untuk memulakannya. Anda rasa perniagaan apa lagi yang termantop untuk dilakukan sepanjang bulan ini?
Incoming search terms:
- bisnes bulan puasa
- bisnes hari raya
- idea bisnes raya
- perniagaan untuk hari raya
- bisnes raya
- bisnes bulan ramadhan
- perniagaan bazar ramadhan
- idea berniaga online
- bazar meletop
- bisnes ramadhan


{ 44 comments… read them below or add one }
entri yang bagus ni. bunga api/mercun antara yang paling laku bagi kanak2. yang lain sesuai dibeli oleh ibu bapa.
takde dah kot bisnes raya yang kain. tima raya doktor je sibuk ubati anak-anak Melayu yang degil bermain mercun! hehe
yup nak maen mercun blh tapi mmg kena berhati2 la..aku pun xmaen sgt benda nie..takot..tgk dari jauh jer
kad raya dah kurang sekarang ni..kalau boleh nak versi digital.senang nak tag kat facebook..lol
yup kad raya mmg dah kurang…orang maen ekad dah sekarang..hoho
Kek Lapis Sarawak! hehe
dah kena haram dah..haha
kalau jual mercun bimbang kena cakup lak nanti hehe..
yup..tapi mercun mmg habes..aku tgk kat bazar umah aku nie licin mercun die jual..giler dasat
Bisnes kuih raya memang ngetop bro!
kalo sedap dan kena cara promosi mmg ngetop
tp yang bestnya…bln2 puasa la peniaga yang tak prnh niaga pon akan muncul hahaha…lagi bab jual kuih raya…hihihi…rezeki3x
haha betul..tengok dekat bazar ramadan depan rumah.semua yang baru nak belajar berniaga…nikmat ramadan.dalam dianjurkan supaya berjimat & tak membazir,permintaan tetap tinggi
mesti mau..nak rasa tak boleh so tekad jer la belinya..:)
haha, apa lagi…wat bisnes kad raya digital la…design lawa2…jual kat org…:P
a’a.. kad raya digital sbb masing masing sume ader muka buku
xsempat nak buat la…busy2..byk sgt kije bulan nie.
kuweh kuweh sape nak beli kuih…he3.. Kat ofis aku melambak pulak org jual kuih raya..
haha ok la tu. xpayah susah2 pening kepala nk beli kueh nanti
Wah bijak-bijak berniaga sempena bulan Puasa ini
yup..tapi jangan lupa amal ibadah tu..hehe
nasib baik takde pakaian kanak-kanak kat sini. kurang saingan. hehehe.
hehe nampak gambar bro upload jual baju2 tu dalam fb..ramai orang ke bro dtg?
Bolehlah.. cuma lum ramai yang beli lagi. banyak masih survey lagi
Rasanya mercun paling lumayan
memang tidak dapat disangkal lagi..aku tengok dalam forum pon ade orang meniaga mercun online..dasat!
Memang kreatif artikel ni.
paling kreatif sampul duit raya tu.
hehe order la bro sampul surat tu
sy minat yg #3 & #6…
best2…
seperti yang dijangka daripada seorang otai designer..hehe
kali pertama sampai sini.. cantik banner bro!
sila2 wat mcm umah sendiri..hehe
salam ramadhan..kali pertama sampai sini.. cantik banner bro!
jual lemang
tapi kat kelate tak laku mana, bukan budaya orang kelate makan lemang ni tapi kawe berehi hehe
hehe jolo2..kawe pun berehi jugop…lemang sedap..
biskut raya mmg meletup sbbnya org umah aku buat biskut & jual…sesiapa nak mercun sini bole contact aku
hehe xdinafikan biskut raya mmg ngetop kalo bulan2 camnie…hoho.
First time singgah sini, aku minat yang 1, 2, 4 dan 5 tuh
selamat dtg bro..hehe
aik kenapa no 3 xminat bro?
Idea yg bagus.
thanks dude
huhu sampul duit raya menarik..rasanya kuih raya macam xikut musim je, bila-bila masa je ada orang jual
kueh raya mmg ade gak xikut musim tapi dalam byk2 hari dan bulan, kueh raya paling dpt byk permintaan pada bulan ini kan? keuntungan boleh mencecah ribu-ribu jika cara promosi yang berkesan
hai…………kita orang nak kawan korang buat benda meletop tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu bo;lehhhhhhh tak
we kau ni gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ke ah bodoh betul ishhhhhhhh..>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.