6 Cara Untuk Meningkatkan Klik Kempen Says.my Secara Sah

Ramai sudah mengetahui apa itu Says.my dan sudah menjana pendapatan dengannya. Says.my menyediakan beberapa cara mudah untuk anda menjana pendapatan secara online dengan mudah seperti menjawab survey ringkas, invite rakan anda untuk join sekaki dan juga berkongsi kempen yang sedang berjalan daripada pengiklan.

Namun saya lihat, kebelakangan ini, kempen Says.my semakin disalahgunakan. Ada yang sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan klik. Anda mungkin tidak menyedari bahawa mungkin ada mata-mata sedang memerhati tindak-tanduk anda. Dan tindakan anda itu boleh menyebabkan anda diban dari Says.my.

Bayangkan segala earning di dalam itu akan hilang begitu sahaja jika anda diban dari Says.my. Oleh itu, berkempenlah secara berhemah. Ada banyak lagi cara untuk membantu anda mendapat klik yang sah seperti di bawah ini.
[tip]Elakkan Anda Diban dari Says.my Dengan 6 Cara Mempromosi Kempen Says.my Secara Sah [/tip]

#1. Pos Kempen Di Facebook

Semua orang ada Facebook kan? Facebook umpama dadah dalam dunia maya. Seharian tak dapat berfacebook boleh menyebabkan seseorang gelisah. Jadi gunakan kesempatan ini dengan kemaskini status Facebook anda berserta link kempen yang anda dapat.

Namun, anda diingatkan supaya tidak masukkan kesemua link kempen anda sekaligus pada 1 status kerana tindakan anda boleh menyebabkan anda diban dari Says.my selama-lamanya. Hanya 1 link untuk 1 kempen pada 1 status Facebook.

#2. Tweetkan Kempen Di Twitter

Twitter merupakan medium sosial yang amat mudah dan menyeronokkan. Caranya sama seperti anda kemaskini status Facebook anda. Kemaskini status twitter anda dengan link kempen dan klik tweet.

#3. Promosi Di Blog

Beruntunglah jika anda mempunyai blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Anda boleh membuat artikel khas mengenai kempen yang sedang berjalan atau hanya meletakkan link kempen tersebut dimana-mana sahaja dalam blog anda.

Tapi berhati-hati. Anda dilarang meraih simpati daripada pengunjung blog anda seperti:  “Tolong Klik Ya”, “Please Click This Ads” dan sebagainya yang mempunyai maksud yang sama.

#4. Update Status Pada Instant Messenger (IM)

Anda digalakkan untuk sertakan sekali link kempen anda pada mana-mana IM yang anda aktif seperti Yahoo Messenger, Gtalk, Skype dan lain-lain lagi.

#5. Emel Kepada Rakan

Berapa ramai yang menggunakan kaedah ini? Saya rasa mungkin ada 5% sahaja. Namun diingatkan jangan terlalu emel kepada rakan-rakan anda dengan link kempen kerana boleh menyebabkan anda dikira sebagai seorang kaki spammers oleh rakan anda!

Kesimpulan

Says.my adalah satu platform mudah untuk anda membuat duit secara online walaupun anda tidak mempunyai blog. Cukup dengan Facebook, Twitter mahupun IM anda. Tetapi hendaklah diingatkan, janganlah kita menjadi terlalu tamak dengan mengabaikan segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Says.my. Kelak diri kita akan menanggung kerugian tersebut. Selamat berkempen! 😀

Sumber gambar: Flickr

Incoming search terms:

  • cara tingkatkan kempen
  • apap itu say
  • cara mempertingkatkan kempen sedia ada
  • cara meningkatkan kempen
  • klik jer sah
  • pendapatan cara klik

Leave a Comment

{ 40 comments… read them below or add one }

FD July 21, 2011 at 9:27 pm

walaupun ada orang nak ajak masuk says.my ni, aku tetap tak terbukak hati nak join.. wahahaaha

Reply

Affan July 22, 2011 at 12:44 pm

bila dah terbukak hati, jadikan aku sebagai referrel. #kbai

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:47 am

haha amboi sempat promote lagi tu 😛

Reply

sejukstudio July 21, 2011 at 10:16 pm

haha. aku penah cash out sekali je says ni. da lama da, dulu login guna akaun says. skang integrate ngn fb plak. skang da xmain da. tu pon masih ade belen lagi. haha. boring2 main la. :DD

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:49 am

sekarang nie memang susah nak dapat klik kecuali u klik me n i klik u..haha..so kena ade follower ramai dekat twitter n fren kat fb pastu kena creative tipu2 cket mase tulis ayat tu..hehe

Reply

Zulhilmi Zainudin July 22, 2011 at 1:55 am

Info yang menarik bro. Thanks! 🙂

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:50 am

welkem 🙂
gembira dapat mebantu bro..hehe

Reply

MuJE July 22, 2011 at 1:32 pm

lawa header blog abang cdiq ni

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:50 am

aik..lari topik nie..haha..

tapi timo kasih sbb puji *kemalu-maluan*

Reply

zik July 22, 2011 at 11:41 pm

aku cuma mempromosi dari fbdan twitter semata-mata.. nak dalam blog, tak berapa nak pandai.. nak letak link2. banner , tuh yang agak malas…

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:52 am

kalo ramai fren n follower blhla…kompem masyuk $$$… kalo yang xder ramai fren / follower mmg sakit la jwbnye

Reply

akubiomed July 22, 2011 at 11:53 pm

Boleh dikatakan okay juga menyertai says ini. Selain iklan kempen Says melalui Twitter boleh juga dapat pembayaran melalui jawab soal selidik

Reply

Tip Blogging Terbaik July 23, 2011 at 1:09 am

aku dah lama join say.my nie… tp tak aktif… baru2 ni baru login masuk balik… ada dlm tu dllm rm6 rasanya… tu pun hasil survey yg dulu…

Reply

titan July 24, 2011 at 2:02 am

haha, aku main hentam aje promosi. dapat klik, dapat. Tak dapat..tak dapat la. haha..

Reply

Aku Seorang Blogger July 24, 2011 at 1:24 pm

seriously aku teringin sangat nak wat duit ng says ng churp2…tp xda masa lg…tgu masa yg sesuai je ni…study dlu tips2 yg ada…hehe…

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:57 am

aik..ko dah ade akaun die belum? dah ade kan?

Reply

Mohd Isa August 1, 2011 at 4:59 pm

akaun? dah ada la…yg xda masa jerk…haha

Reply

Haru August 6, 2011 at 3:40 pm

ala promote kat fb n twitter rase dah ckup..ko follower ramai

Reply

InfoBuahPinggang July 25, 2011 at 1:25 pm

Thanks bro,

Sebelum ni tak tau pun tentang says.my ni,ni baru tahu.

Reply

Haru August 1, 2011 at 5:58 am

welcome 🙂

says.my nie sesuai untuk buat duit sampingan 🙂

Reply

Afiffuddin July 28, 2011 at 3:00 pm

Best juga main Says.my.. kena cara setiap bulan RM100++ dalam tangan. 🙂

Reply

Haru August 1, 2011 at 6:00 am

wahh nie die otai sudah mai nie…mmg nampak mcm agak agressif sedikit promosi tu bro..hehe

Reply

BroZooL July 28, 2011 at 3:27 pm

saya tak pernah dapat lagi cash out says ni…mungkin kena buat marketing kuat lagi kot kan bro..

Reply

Haru August 1, 2011 at 6:02 am

bagi saya la, jangan buat soft-skill promotion…hehe..baru orang suka nak klik jer kempen link kite

Reply

ohcikgu July 29, 2011 at 8:07 pm

kena usaha kuat kalau nak buat duit dengan says ni..

Reply

aizuddin August 1, 2011 at 6:25 am

says dah join lama..tapi tak pernah cashout..kurang promote kot

Reply

Izwan August 3, 2011 at 8:30 pm

says aku dah leh cash out setelah 5-6 bulan.. sgt slow.. tapi biar dulu lama2.. hehe.. kalau kena cara promote,senang naik says ni..

Reply

reezluv August 4, 2011 at 4:42 pm

belum ada niat lagi nak gi apply kat says.my ni..banyak sangat…biarlah aku setia ngan niche blogging aku dapat income tetiap bulan, lagi best..hehee

Reply

Haru August 6, 2011 at 3:43 pm

otai dah dtg…hehe..bro nak tanya camne kalo ade advertiser nak buat artikel review?? berapa kena caj?

Reply

reezluv August 6, 2011 at 5:47 pm

mana ada otai la..

artikel review tu terpulang la kt ko..nak kalau PR2 ke atas..boleh sampai USD100 pun boleh..:D

Reply

Haru August 6, 2011 at 5:50 pm

kalo pr1 cmne?? aku caj $50..then adsvertiser tu end dgn ayat thanks you…huhu..frust2..tapi aku rase ok dah sbb artikel tu die suh aku wat review bukan die dah sedia review tu

Reply

reezluv August 6, 2011 at 8:26 pm

kalau PR1, $50 tu kira mahal gak la….:D

Reply

Haru August 8, 2011 at 4:06 pm

err mahal ke? huhu..sepatutnya berapa?

mirul August 6, 2011 at 5:29 pm

banyak orang menipu kalau bab says.my nih. adeh. tapi cara cara ini paling legit. 🙂
eh nice pulak komen ni ada twitter username sekali. haha.

Reply

mr.oren August 8, 2011 at 11:29 am

dulu aku xminat pon…haha
sekarang aku cuba try…haha~
promote ceclick..hahahha

Reply

LeB October 8, 2011 at 11:48 pm

masa takde la

Reply

fiziesss October 17, 2011 at 7:36 pm

Salam, ada jgk dgn says ni..tapi sampingan jer.link dia selalu tukar2..kadang2 datang balik kempen sama lepas dah buang link dia..agak cerewet sikit..memerlukan org btl2 yg fokus pada says kalau nak berjaya. nice share bro..tq

Reply

Ahmad Hati November 9, 2011 at 12:34 am

Says ni banyak limit kan earning

Reply

erin January 15, 2012 at 12:21 am

nak tanya la kan…boleh ke kita berkempen dgn menghantar personal mesej ke facebook sapa??? please help me?? takut kna banned….

Reply

Susana September 24, 2014 at 12:18 pm

Attractive element of content. I simply stumbled upon your website and in accession capital to say that I acquire actually loved account your weblog posts.
Anyway I’ll be subscribing to your feeds or even I fulfillment you get right of entry to constantly fast.

Reply

Previous post:

Next post:

Hakcipta terpelihara © 2011-2014 Haru Elie.


Kisah Cinta & Jawatan Kosong SPA